Walaupun agak ketinggalan, saya akan cuba sedaya mungkin
Tatkala diutarakan persoalan apakah senibina, maka begitu banyak perkara yang mula bermain di ruang pemikiran aku, walau baru setapak dua dalam dunia senibina, namun seribu satu definisi yang dihurai oleh minda ini...
Bermula di sini....
Aku begitu cenderung kepada bidang seni namun tidak pernah melalui pembelajaran secara formal. Keluarga telah menyarankan aku untuk menceburi bidang ini berikutan minat ak didalam bidang seni dan sains. Jadi, definisi pertama aku adalah gabungan seni dan sains dalam menghasilkan sesebuah bangunan. Namun definisi itu tak kekal dan terus berkembang.
Senibina adalah asas dalam kehidupan. Bukan sekadar tempat berlindung dari terik mentari dan basah hujan. Senibina merupakan pendekatan HOLISTIK dimana setiap sesuatu diambil kira dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ia bukan sekadar membentuk luaran dan ruang dalaman sesebuah bangunan, ia turut membentuk masyarakat yang berada di sekitarnya, orang yang berada didalamnya, serta landskap kehidupan dan bangunan sekitarnya. Tidak hanya menekan kepada aspek pembinaan bangunan itu sahaja, malah ia turut membina masyarakat serta membina watak dan kepimpinan si Arkitek ini. Kesenian dalam proses mereka sesebuah bangunan turut menjadi nadi dalam senibina.
Senibina melatih si Arkitek untuk berfikir lebih dalam secara kritis dan kreatif agar dapat melahirkan sesuatu yang bukan sahaja berkesan malah ia sesuatu yang unik dan segar. Lebih dari itu, senibina mengajar si Arkitek untuk berani dalam membuat keputusan, tidak mudah putus asa, menepati masa dan ciri2 kepimpinan yang lain. Senibina membina Arkitek. Benarlah ungkapan yang dipetik oleh saudara Nik Umar Kamaruzaman :
Banyak lagi yang terbuku,
silalah tanya janganlah malu,
tiada sempurna aku semua yang tahu,
jika mampu akan aku bantu.
Akhir kata,
senibina adalah seni menyelesaikan masalah,
aku bersyukur kerana masih bersamanya,
walau ranjau yang dilalui,
jatuh lumpuh aku bangun kembali,
tiada Arkitek sehebat Mu Rabbi,
Al-Khaliq pimpinlah kami,
Amin Ya Rabbal Alamin.
all pictures are taken from internet, credit to the owners of the pictures