Sunday, 14 August 2011

iN.To Study: Life Define Architecture


Walaupun agak ketinggalan, saya akan cuba sedaya mungkin

Tatkala diutarakan persoalan apakah senibina, maka begitu banyak perkara yang mula bermain di ruang pemikiran aku, walau baru setapak dua dalam dunia senibina, namun seribu satu definisi yang dihurai oleh  minda ini...



Bermula di sini....

Aku begitu cenderung kepada bidang seni namun tidak pernah melalui pembelajaran secara formal. Keluarga telah menyarankan aku untuk menceburi bidang ini berikutan minat ak didalam bidang seni dan sains. Jadi, definisi pertama aku adalah gabungan seni dan sains dalam menghasilkan sesebuah bangunan. Namun definisi itu tak kekal dan terus berkembang. 



Senibina adalah asas dalam kehidupan. Bukan sekadar tempat berlindung dari terik mentari dan basah hujan. Senibina merupakan pendekatan HOLISTIK dimana setiap sesuatu diambil kira dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ia bukan sekadar membentuk luaran dan ruang dalaman sesebuah bangunan, ia turut membentuk masyarakat yang berada di sekitarnya, orang yang berada didalamnya, serta landskap kehidupan dan bangunan sekitarnya. Tidak hanya menekan kepada aspek pembinaan bangunan itu sahaja, malah ia turut membina masyarakat serta membina watak dan kepimpinan si Arkitek ini. Kesenian dalam proses mereka sesebuah bangunan turut menjadi nadi dalam senibina.
 


Senibina melatih si Arkitek untuk berfikir lebih dalam secara kritis dan kreatif agar dapat melahirkan sesuatu yang bukan sahaja berkesan malah ia sesuatu yang unik dan segar. Lebih dari itu, senibina mengajar si Arkitek untuk berani dalam membuat keputusan, tidak mudah putus asa, menepati masa dan ciri2 kepimpinan yang lain. Senibina membina Arkitek. Benarlah ungkapan yang dipetik oleh saudara Nik Umar Kamaruzaman :
" Architect . Eyes of photographer , ears of musician , mouth of a lawyer , nose of a hunter , hands of an artist , feet of a traveller , body of an athlete , a heart to serve to God "




Banyak lagi yang terbuku, 
silalah tanya janganlah malu,
tiada sempurna aku semua yang tahu,
jika mampu akan aku bantu.



Akhir kata,
senibina adalah seni menyelesaikan masalah,
aku bersyukur kerana masih bersamanya,
walau ranjau yang dilalui,
jatuh lumpuh aku bangun kembali,
tiada Arkitek sehebat Mu Rabbi,
Al-Khaliq pimpinlah kami,
Amin Ya Rabbal Alamin.


all pictures are taken from internet, credit to the owners of the pictures

Wednesday, 10 August 2011

iN.Troduction : Prologue

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Syukur kepada Ilahi, diizinkan saya untuk terus mengembara dan melata didunia ini.
Blog ini yang pada asalnya bertujuan memenuhi keperluan dalam meneruskan pembelajaran, namun akan saya cuba gunakan sepenuhnya agar dapat merakam ilmu didada dan meniti setiap perubahan hingga ke akhir usia. Moga secebis pengisian serta ilmu dan pendapat dapat saya kongsi dan dimanfaatkan bukan sahaja saya, malah seluruh alam jagat ini.

iN.Making - Nabil Kama